About Me

My photo
simple.good girl.student. teacher in the making

Wednesday, November 30, 2011

Cintaku yang satu

Assalammualaikum..

Hai kawan-kawan.Hari ini hati diulit bak bunga rose sebab mama masak laksa johor.Aku nie nama jer orang johor,tapi nak makan makanan yang satu ini punyalah susah.Try jugak cari dekat selangor and area kl.tapi tak jumpa pun.Mengidam ?*amboi belum apa-apa dah mengidam* teringin sangat nak makan.Sejak start puasa lagi dah dok mencari-cari.Sekarang dah tinggal ngap jer tu.Tapi sementara tunggu laksa siap,adik alesya dok sibuk ngacau mama nak masak.So ambik langkah bersiap sedia! Kita larikan alesya..bawak naik atas tutup pintu! Haa ternganga alesya kejap.


Then dok jalan kanan kiri pikir nak buat ape dengan budak kecil yang satu ni.Haa dapat dah.Kita meka up kan muke dia.Alesya nie even baru 2tahun,tapi ya ampun kalau bab make up muke dia taknak kalah dengan yang lain.Akulah yang seksa sebab sponser utama bahan make up.Kejap saja nak tengok bedak,eyeliner..dalam keadaan molek,sampai dekat tangan alesya,nana,kila.. ya ampun! So malas nak panjangkan cerita korang tengoklah entry bergambar ini ok :)



ok fine. buat muke suci dalam hati ada bunga rose dah berkembang sebab kakak nak make up kan titew :)


ok fine.! kakak dapat kiss dari kite. sukelah lettew..


ok fine.! kakak baru start sikit saya dah menggatal nak bergambar ! ups :*


ok fine ! saya memang suke buat kakak marah saya! nanti dia cepat tua. hikhok !


dan sekarang hasil kesabaran kakak saya :-)..


sekarang memang terserlah muke kepalsuan ku :)


haaa korang semua.! tengoklah muke saya . jeles lettew :p


'jambu' bibir saya.. kakak love you more!


kan mak andam menyibuklah.. baru nak buat entry kali nie xda muke dia. tattraaa. KAKAK saya..


sekian sahaja entry khas 'alesya alya' untuk kali ini.. lain kali kita jumpa lagi  ;kalau kakak bagi hikhok!

Wahh! kau alesya. kelaaas gitu.memang entry ini kakak buat untuk awak sayang.!Itulah hasil selepas kami bertekak,menangis,ketawa sama-sama untuk menyiapkan cintaku yang satu ini.Turun bawah terus makan laksa johor. penat nak mengngadap muke alesya nie.. akhir sekali gambar ini sangat dia menunjukkan 'terima kasih' alesya untuk kakak ... ngeee nasib baik adik !


orang suruh senyum,,dia buat muke xikhlas.. geram saja.! nasib baik adik !grr 

Sekian :-*

Monday, November 28, 2011

Kenapa tak publishkan?

Assalammualaikum..

Tujuan aku tulis entry kali ini,just nak bagitau kita ada hak untuk menceritkan segala perihal kisah hidup kita.Tapi,perlu semua perihal hidup kita kene tulis ke?  Tapi apa yang aku tulis ialah pendapat aku sendiri.


Nak tahu kenapa tak dipublishkan sangat.. antaranya :



  • Pertama,ini blog sudahku publishkan linknya di facebook ku..so kemungkinan kawan-kawan adik aku..yang usianya baru darjah 6.Kalau tak kawan adik aku,anak murid mama pun kadang-kadang memenuhi list friend request aku.So,i think they too young untuk membaca blog berjiwang-jiwang nie. Malu tau..
  • Kedua, kalau bukan kawan adik aku,kawan mama yang separuh daripada mereka pernah menjadi guruku juga,kawan ayah,aiyoo ..malunya kalau mereka semua tu baca blog aku then macam tak relevan lagi sebab mesti mereka akan berfikiran "eis anak dara cikgu anida nie..gatallah kecik2 lagi dah pandai sangat nak bercinta.."   takpun kalau kawan ayah  "ea..nie anak sham kan? dia berani biokan anak perempuan dia berkawan dengan mana-mana lelaki ..."  haa kan tak manis ..kita buat perangai tapi yang kene tempiasnya parents kita juga..
  • Ketiga, inilah bahagian yang boleh dikatakan privacy issue for me, there are things that I'd like to keep private.So I choose to keep my love life private. 
  • Keempat, macam tak manis kita sebagai perempuan bercerita bagai "oh bahagianya aku bersama si dia..."  "weapy. hari nie my sayang nak bawak pergi jenjalan...."   "zara..kau tau tak zaid belikan aku rantai emas putih...."  Chop! hmm memang tak salah kalau kita berkongsi cerita happy kita,tapi katakan hubungan tu terkandas...siapa yang nak jawab kalau ada orang bertanya??..hmm thinking..
  • Kelima, kalau korang seorang penulis blog yang sangat tegar, katakan korang terkandas then sakit hati sangat rasa macam nak trash semua entry yang berkenaan dengan your love,then kalau banyak penulisan dalam blog korang ada include him? kene trash banyak entry.. haish..
    rugi..rugi..rugi...

    Dan akhir sekali.. aku rasa kalau nak angau pun,biarlah kami,family kami yang tahu..kalau untuk public nanti-nantilah.Last aku baca dekat qoutes love is between two people.Tunggu tangan merah dulu,baru berani nak publishkan pasal 'lover' dekat sini.Untuk pendapat aku sendiri,cukup hanya family dah tahu,kawan-kawan kenal...bukan aku tak pernah cerita langsung..tapi sikit sahaja.Itu bezanya dan at least aku dah tulis sedikit info dekat sidebar aku.So,no more question about this...

    Sekian :-*

    Sunday, November 27, 2011

    Pertama & terakhir

    Assalammualaikum..

    Macam korang semua dah tahu my siblings ada 6orang including myself. Rezeki yang Allah beri 4orang anak dara and 2 bujang.The part is. pembuka dan penutun for my siblings ialah perempuan. Saya anak sulung jantina perempuan.....and my youngest sister pon perempuan.cute tak? *okfine saya saja rasa cute ...jerrrr*  Tapi aku dengan adik perempuan ku yang satu ini, nak kata rapat memang tak rapat sangat sebab kalau ikot sejarah maybe dia pun dah lupe kakak sulung dia yang mana satu. Sejak mama mula-mula mengandung lagi aku form 4 duduk asrama sehingga alesya lahir aku still dekat asrama.. umur dia 40 hari baru aku balik.Then sepanjang dia membesar..ayun yang banyak tolong mama,because her sister duduk dirumah nombor 2. hehehe. 


    Sampai aku form 5,alesya dah setahun.Kalau aku balik rumah,kompem terang tak payah nak bersuluh..dia lebih prefer ayun better than me.Kadang-kadang terasa juga apabila adik kita sendiri taknak langsung kakak dia dukung.So aku taknak adik aku sampai tak kenal aku.. kalau mama suruh dia mandi,aku cepat2 angkat dia,bukak baju dia.. dengan aku sekali terjun dalam bilik mandi..Orang tua-tua kata.. kalau kita selalu mandi dengan adik kita ,hubungan tu akan lebih rapat.  *tapi jangan dah akil baligh pon menggatai mintak mandi sesama! tu terajang makan dia*  Maksudnya ...masa adik kita baby tu lebih elok kita mandikan supaya dia lebih kenal kita.. atiooo...


    Masa cuti sekolah 2minggu aku mandikan alesya ..ternyata daripada taknak langsung. terus nak melekat.Wow! cakap orang dulu masih boleh digunapakai.Tapi dia rapat dengan aku tak lama sebab lepas habis SPM aku kerja.. then buzy.. then berhenti kerja dapat tawaran belajar.. jauh di UNISEL.Lagi memang dia jarang nak dekat aku,sebab aku balik memang jarang..so dengan cuti sem ini aku praktikan balik cara aku mase form 5.. ternyata hasilnya ... tattraaaaa..










    kann.. aku dah cakap mesti berhasil ponyaa.. tak sia2.. hihihihi.. sekarang alesya pun dah berani nak tidur dengan aku,so heavan.. tapi mama cakap dia nie pelik kalau aku dekat selangor.. tiap2 hari nak call aku,nak cakap...tapi once tuan punya badan dah balik johor taknak pulak dia dengan aku..hehe takper kesabaran membawa berkat.. yang penting anak pertama saya dan anak yang terakhir.. sayeee alesya alya  =) 

    sekian :=)




    Saturday, November 26, 2011

    Video Hebat


    Hai guys.. video yang aku nak kongsikan nie.. video gabungan tiga lagu iaitu Pokok by Meet Uncle Hussien feat.Hazama, Beribu Sesalan by (3Suara) Shila,Ning and Jac..and Rain Over Me by Pitbull Feat Marc Anthony. Korang patut dengar hasil kreativi orang malaysia .. aku selalu tengok affan nie selalu buat cover song and hasilnya memang tak pernah menghampakan..

    So ..enjoy it !

    No Tittle 2

    Assalammualaikum..

    Ya allah.
    Hanya kau mengetahui segala-galanya..
    Aku hanya berserah kepada Mu
    Setiap manusia mempunyai kelemahan, dan sekarang aku hanya tawakal dengan apa yang berlaku,
    Tiada lagi airmata untuk dikeluarkan lagi, wanita memang golongan yang lemah..
    Mereka lemah dengan perasaan mereka, bukan yang lain. Wanita mempunyai perasaan yang halus dan mudah terusik..
    jangan sesekali kaum adam mengkhianatinya.. Wanita seharusnya saling memahami. jika antara kita yang salah.jangan jatuhkan nya.
    Sebaliknya kita menasihati, memberi semangat, petunjuk,.Tahu tak .. hati wanita sentiasa ada perasaan berhati-hati.Jangan sesekali menyalahkan perasaan itu. Sedangkan orang yang sudah lama mendirikan rumahtangga boleh runtuh disebabkan ketidakjujuran dan sebagainya.. inikan pula hubungan kasih yang baru.

    Jangan setiap apa yang wanita ingin perkatakan ..kaum adam membantah. Dimana hak wanita untuk bersuara? Fikirkan lah.. jika wanita benar-benar sayang kaum adam. ia memang bermaksud.
    *aku hanya ada blog ini untuk aku luahkan segala ape yang aku rasa... aku harap janganlah insan tersebut menyalahgunakan blog aku.,. ini tempat aku boleh menulis ..hak aku.. *

    Sekian.... :-*

    Friday, November 25, 2011

    Pasar & anak cina

    Assalammualaikum.

    Enrty ini ditulis sebaik sahaja aku balik dari pasar temankan mama.Sambil menyelam kita minum airmilo..Kenapa cakap macam gitu?Sebab sambil mama dok pilih punya pilih sayur ke ikan ke.. sambil tu aku bolehlah belajar sikit-sikit ape kebenda name setiap ikan..takgitu.cik kiah oit..Aku pusing kanan kene kacau dengan abang jual ayam,pusing kiri kene kenyit mata dengan abang jual ikan+udang+ketam... Alah taktik biasalah diguna pakai nak ngorat sesiapa mak-mak yang bawak anak dara dorang ke pasar.. tak gitu senah? Paling kelakar dihati.. ada abang jual ayam,oraang kelantan.Memang pokat gilew lah dia cakap kelantan dengan mama,yang aku nie doklah angguk-angguk ape yang dia cakap,sepatah haram aku tak faham.. tup2 haa dapat dia paww mama suruh beli ayam dekat tempat dia.2 Ekor lagi teww.. HEHE =)


    Sambil aku tolong jagakan troli,sebelah aku nie anak cina mane ntah dok sibuk cuit2 lengan aku.Aku pun apelagi startlah berspeaking speaking dengan dia. Mule2 cakap melayu dia buat muke seposen,karang aku cakap jawa lagi budak tu ternganga..So berdasarkan pengalaman mengajar anak murid dulu pulak tu majoriti anak cine.So,aku baru start sikit cakap cine dia dah faham,maknenyer segala bagai sebutan aku betullah sampai dia faham cina celup nie cakap.


    Ter..stop kejap sebab tibe-tibe pulak dia sibuk cakap "mummy ...chenali"..sedap dok berborak dy teringat mummy dia.Aku pulak tengok muka dia dah merah kalah cili kisar..Janganlah kau menangis budak kiut.Sekali mummy dia datang,aku masa tu fikir janganlah mak budak nie tuduh aku kacau anak dia.Sekali mummy dia senyum.Amboi senang hati cik kiah.Lepas dia dah ok sikit mummy dia sambung dok shoping moping dekat kedai sayur ah cheng..Aku sambung balik merapu rapu dengan dia,ntah aku dok bolos saja bahasa cina aku,,dia pown dok ngangguk ..fahamlah kirenyer. Last sekali mama dah habis shoping, nak balik tu aku cakap cina lagi yang bermaksud.. "mama saya dah datang,mama awak mane? oklah kakak balik dulu tata" :-*



    *sumber dari google*

    Aku search google..sekali jumpe muke anak cina siapa entah aku copy nie,muke budak atas nie hampir serupalah dengan budak yang aku dok menyembang kat pasar tu. *peace no war *

    Thursday, November 24, 2011

    You told me..

     Assalammualaikum..

    Sajer mengactivekan jari menaip ape yang patut dekat ruang google search..terfikir untuk search about quotes about life..suddenly ter click dekat quotes about love.Ter baca dan sekejap sahaja ter suka about this qoutes.And i think should i share this at my blog? then secara kebetulan my friend ada buat request dekat my email.Dia suruh dekat setiap my new post mesti ada qoutes.Aku bukan jenis yang suka copy and paste.. Itu seumpama kita tidak menghargai hasil karya seseorang.So i decide akan buat BUT.. I'll put from who i take that qoutes..so i hope after this no more copy and paste.
    And i suggest buat sesiapa yang ada buat blog or you guys buat entry but copy and paste from other blog.Stop it.


    Because it look like macam korang baik tak payah ada blog sendiri kalau semua idea korang celup dari mana-mana pihak.am i right? Tak salah kalau korang nak ambil sedikit info tersebut,tapi at least korang letak lah daripada mana korang ambil segala bagai info tersebut.*mucha grasias*


    Love qoutes from: Sad Love






    You told me that you loved me
    why did you leave me to cry in the cold
    you swore this time was different
    why does that line seem so old

    You told me I was the only one
    who could make you feel that way
    you told me that you cared about me
    so why didnt you stay

    All the nights you laid with me
    alone in the dark in my bed
    now I finally realize
    you were just messing with my head

    Love is such a powerful word
    a word people often misuse
    something they take for granted
    something they beat and abuse

    My wounds run deep inside me
    there's blood all over the place
    I think I've really lost it this time
    Im ashamed to show my face

    Wednesday, November 23, 2011

    Kes pecah dapur& kotak?

    Assalammualaikum..

    First of all,sorry sebab cerita ini udah lapuk bebenor nak diceritakan.Tapi permintaan kawan saya untuk dia tahu ape hadiah yang menarik untuk sweet 18teen, so i decide untuk postkan entry yang dah lame bersarang dalam draf. Sehari sebelum hari perayaan deepavali :) yaa my ulangtahun jatuh pada tarikh 25/10/2011. Well so cute night before my birthday,my sister siap cakap awal-awal kejut dia nanti nak wish dekat kakak.But pity with her,dah tidur takkan nak kejutkan pulak kan.


    Untuk malam tu, thanks jugak untuk orang tersayang,sebab dia call tapi birthday girl tak prepare nak cakap apa.dia terus mainkan gitar lagu Happy birthday. So sweet sayang thank you so much. After that aku tak tahu nak buat apa,sebab si dia suruh aku call later sebab dia nak tengok movie.So aku tak kisah asalkan dia dah wish dekat aku.After aku letak hp,rhema budak kelas dekat unisel pulak call wish me hapyy bufday. Thanks rhema.


    After few hours aku call dia balik then dia mainkan gitar lagu fav aku sejak first time kenal sampai sekarang. Aku tak pernah rase boring kalau dia mainkan lagu tu. Makin happy and syukur sebab dapat jumpa dia. Then aku dah mengantuk ,aku cakap esok sambung. Aku tidur dengan suka hati sebab umur dah cukup :)


    Pagi esok aku dengar mama dah nyanyikan lagu Happy birthday kuat kuat dekat tangga dengan adik alesya. So sweet. Aku sambung tidur balik.Around 9.00 am aku turun ,aku macam bau orang buat kuih. Nak kate raya. deepavali? tak mungkin. So aku decide masuk dapur,sekali nampak adik aina dengan mama tengah buat something.Aku masuk jer adik aina dah jerit "alamak dah tak suprise". So aku pun buat2 tak nampak ,nak patah balik masuk bilik mama dah gelak.


    Then aku tanye nak buat ape? mama kata nak buat something for my birthday.Aku pun start sesi pecah masuk dapur sendiri. Thanks mama.Mama buat kuih suji with nestum.Mama baru try resepi nie sebab aku jenis suka kuih,cookies yang macam bau nestum or butter. So korang enjoy with all the pictures :)


    Ini adunan nya . Banyak jugak mama buat dah macam nak sambut hari raya balek!


    Adunan yang dah sebati,mama dengan aina masukkan dalm bekas yang cute miut nie semua.
    Alesya dengan aku dah macam cacing kepanasan sebab takdapat nak mengacau.


    Budak kecik yang dah tak keruan untuk kacau orang .Semua tak layan dia sebab geram sangat.


    Yaa as you oualss semua tengok muke dia anoyying sangat! aku yg jage dia jadi geram.


    adunan sudah banyak dipenuhi hasil tangan adik nana sikit, mama sikit.Aku pun tolong jugak yelah walaupun tu hadiah harijadi .Wahh amboy melampau taknak tolong kan hehe.


    Dah siap aku kite bakooo jer! dalam agak ikut suke korang dia punye suhu asalkan jangan sampai hangus bertukar warna hitam sudah. :)Sementara nak tunggu,berborak dengan mama,bergosip macam2......but secret tidak boleh diperkatakan disini :) *kejap hasil kuih tersebut tak sempat nak snap pictures..kami dah snap masuk dalam perut dulu heheh* Then mama bagi hadiah dekat saya.Kasut from Summit,terima kasih mama.Ada cerita menarik disebalik pembelian kasut tersebut. but before that enjoy with the pictures :)


    Inilah bahan bukiti sebelum dipecahkan kotaknya.Begitu menarik perhatian umum betul*tapi yang berada dirumah sahaja* menanti waktu jer benda nie nak dipecahkan kotaknya.Tapi setelah dibuka begitu sayang untuk kami membuang kotaknya.
    ok dears.. nak cerita dekat korang semua kisah lucu disebalik pembelian hadiah ini.Sehari sebelum my bufday,aku baru sampai dari selangor..that time cuti study week.Then petang tu mama ajak temankan dia keluar,so i decide nak pergi bank kejap nak uruskan baki pembayaran yuran.So around 2.00 pm kami keluar.After semua urusan dah diselesaikan..mama ajak masuk giant kejap.Aku malas nak keluar sebab pakai mase tu..aduh kalah bibik.

    So memikirkan siapa nanti nak pegang alesya mcm ulat tak reti duduk diam..time mama beli barang? aku kakak yang mithali ikutlaa. then mama ajak masuk butik summit. Aku follow saja,sudenlly mama cakap pilihlah kasut.WOW! cantik menarik tertarik mama memang dabomb ..Bak kata ayah rezeki jangan ditolak maut jangan dicari..aku pun pergilah cari kasut yang tak tinggi tak flat sangat.Mama tup2 macam perli aku..aikk? nape tak pilih wedges or heel? pelik kau nak kasut sarung? then aku bagi gambaran dekat mama. Kalaulah fakulti aku dengan hostel dekat..memang nak ajer aku sambar kasut wedges summit tu.Ini bukan jer jauh daripada fakulti,panasnyaa ya allah.
    So daripada merana,baik ambil langkah selamat.
    Mama macam tak percaya tapi kene jugak percaya.


    betul tak ape yang aku cakap? cantik tak kotaknya?kalau korang terlebih cell chromosome kreatif mesti dah banyak benda yang korang buat berdasarkan kotak..kotak..kotak.. *agak aku dah xda cerita ker nak cakap pasal kotak..kotak..kotak*
    ok jantung semakin laju mengikut beep lagu ~maroon5~ .Yaa apmun sabar dong mbak!




    inilah hasil pecah kotak yang pertama . ada lagi satu kotak sabarrr...



    inilah dua pasang kasut sempena hadiah hari jadi saya -)
    terima kasih mama +)

    mood: beronok ronok tengok masterchef =)





    Soulmate

    Assalammualaikum.
    Hai blog.,sebab nanti karang dah buzzy memanjang sentuh pon tidak blog nie.So balik jb nielah masa yang ada.Ok guys aku balik jb sekarang tengah musim cuti semester. So I have alot plans with my family.But,sebelum nak melaksanakan segala raja rancangan,kesian adik aku sedang berjuang menjawab segala bagai soalan dalam exam SPM.Goodluck adikku! Ajaja Fighting....*semangat Full House*


    So ..back to our entry.. S O U L M A T E ?
    Did you find your soulmate?..Untuk korang terchinta semua. soulmate datang dengan sendirinya tanpa kita sedari dan jodoh kadang kala macam rezeki, kita perlu mencarinya.





    *nothing special for this entry.. just boring and do no what to say..*malam*

    Tuesday, November 22, 2011

    Peraturan Hubungan.

    Assalammualaikum.

    Jangan ingat negara saja ada undang-undang, hubungan cintan cintun korang tu pon perlu ada peraturan.Jangan bak kata nadia *redah jer*.Kalau macam tu,ramai betul mak janda berhias sekarang nie. Yelah ikot retis kan ..banyak dah retis-retis yang kahwin then tak lama lepas tu mak janda sudah.*teettt*. Aku nie nak kata pandai sangat dalam bab nie,idoklah terer bebenor.But I just want to share with all my readers,maybe who knows korang akan dapat something new from my pondok usang ini. Korang pernah buat peraturan? jangan tanya aku,,,tak pernah wujud pon.Adelah datang menyinggah kejap dalam kepala otak lepas tu ...turrrrr lari keluar balik.




    Nah! Hangpa semua letak kejap mata dekat screen lappy tu.Bace sat noo ape yang aku dok merapu sat. *Sumber dipercayai*


    • Respect, respect, respect. Inside and outside the relationship, act in ways so that your partner always maintains respect for you. Mutual respect is essential to a good relationship.
    • View yourselves adcs a team, which means you are two unique individuals bringing different perspectives and strengths. That is the value of a team—your differences.
    • Know how to manage differences; it's the key to success in a relationship. Disagreements don't sink relationships. Name-calling does. Learn how to handle the negative feelings that are the unavoidable byproduct of the differences between two people. Stonewalling or avoiding conflicts is NOT managing them.
    • If you don't understand or like something your partner is doing, ask about it and why he or she is doing it. Talk and explore, don't assume.
    • Learn to negotiate. Modern relationships no longer rely on roles cast by the culture. Couples create their own roles, so that virtually every act requires negotiation. It works best when good will prevails. Because people's needs are fluid and change over time, and life's demands change too, good relationships are negotiated and renegotiated all the time.
    • Listen, truly listen, to your partner's concerns and complaints without judgment. Much of the time, just having someone listen is all we need for solving problems. Plus it opens the door to confiding. And empathy is crucial. Look at things from your partner's perspective as well as your own.
    So, macam mane? Aku taklah ambil kesemuanya dalam fakta tersebut.But,sesetengah yang kita boleh ambil kan ? So I hope you alls semua enjoy reading all this points. *Muah*