About Me

My photo
simple.good girl.student. teacher in the making

Thursday, December 8, 2011

Permulaan untuk pengakhiran

Assalammualaikum..

Tiada pengakhiran kalau kita tak mulakan permulaan.Dan tiada permulaan kalau kita tidak mahu tahu pengakhiran semua hal. Apa yang berlaku sudah tertulis dalam takdir hidup kita,tetapi diri kita sendiri juga yang boleh mengubah takdir itu.Bukan orang lain mahupun ibubapa kita.Semuanya bergantung kepada diri kita. So anda-anda semua yang telah mendapat pengakhiran yang mengecewakan... kita muhasabah diri.termasuk si penulis ini juga. selalu kiita ingat apa yang salah kita buat ,kita perbetulkan.. segala benda sudah kita nikmati dan kecapi.. hanya satu ..iaitu kejayaan diri. so sekarang masa untuk kita merasai itu pula.  *tulisan di bolg hari ini untuk peringatan diri si penulis juga.. berubah apa yang perlu *




Sekian :-*

Wednesday, December 7, 2011

SPM oh SPM!

Assalammualaikum..

Hai sayang semua. Enjoy tak cuti sekolah,buat adik-adik yang masih dalam minggu duduk dalam dewan periksa.. takpa sat lagi dah habis masa sekolah korang kompem 220% rindu..well my activity today bangun pagi tak gosok gigi..cuci muka terus makan..heheh mana ada. bangun,gosokgigi,cuci muka pakai pencuci safi. then turun bawah sarapan terus citcot dengan adik sambil layan citer High School Musical 2.. wow zack efron lama tak tengok dia. Lepas tu tolong mama masak.. around pukul dua bersiap untuk back to school !


wowo,.. hujan rahmat betul saya nak pergi sekolah ok! sampai banjir. amboi cobaan sungguh. Then i called my sister(my declare) suruh turun sebab dah rindu sangat dengan dia. Bertuah punya calon SPM dok tunggu dia angkat fon tu .. macam tunggu durian runtuh.Then around pukul 4 i dah sampai sekolah! OMD .. sekolah bertransformasi 310%... Masuk pejabat ketaq lutut macam nak jumpa pengetua sebab buat salah laku.. masuk jumpa penyelia asrama yang garang + peramah time duduk asrama dulu.Dy soal siasat aku macam pegawai polis.Aku tengok pengetua yang tersayang tapi nak tegur takot.So tak jadi nak tegur.Then dah sattle hal berkaitan..terus cepat-cepat pergi dekat bahagian asrama...cantik dah asrama sekolah saya. cantik sangat lagi-lagi part dewan makan (D.M) jealous betul. Lepas tu suruh my junior  panggil my sister.. 


Dah lepas rindu puas-puas.. nak balik dah .sob..sob.. sedih betullah.Adik saya sorang nie kene pergi PLKN tahun depan.. whuawhuawhua.. padan muka. biar kurus sikit.so xdalah nak membuang masa lepas habis sekolah. *ceh ayat poyo time dulu..aku jugak yang taknak pergi plkn bagai semua tu*



my dear sistah! nur farhana bt. azhar :D imysm


ok kalian semua inilah budak xsedar diri..masih calon spm..tapi berlagak sudah pegang sijil kakak dia hehehe....



ok ini barulah bekas calon SPM yang dah ambil sijil original SPM :D
huahuahua pity with nana because still have paper.. last paper tomorrow subject: PAK : goodluck baby...


kiss from me: for you my dear nana :-*

Tuesday, December 6, 2011

Perubahan ketara..

Assalammualaikum..

Sangat ketarakah perubahan ku sehingga ada yang menegur ku? Mungkin rakan-rakan tidak perasan tapi.. sedara mara, jiran tetangga? kalau mereka bertanya apa jawapan yang paling sesuai untuk aku menjawab? Lagu Najwa L. "banyak persoalan yang berada diminda,banyak pula kata tanya dan kata kerja..setiap yang berlaku ada kebaikannya harus pejam mata dan cuba apa saja" haiyak! tunggang langgang lagu budak nie aku buat. Oklah korang semua perubahan nie pun bukan besar sangat.. tapi sangat besar effect nya dalam hidup aku yaa semenjak pulang ke jb untuk cuti semester ini. Nak tahu perubahan dari segi apa?




inilah muka aku sewaktu zama persekolahan.. tak silap time nie form 5 tengah nak ambik lesen kereta :) masa nie pipi tak naik lagi..badan oklah maintain beratnya.. yang paling penting .omd! kulitku yang putih itu.. rindunyaa..


Tapi lepas saja habis sekolah..zaman tu pun macam dah habis dalam hidup aku.. haaa rindunya.Lagi-lagi dapat tempat belajar yang cuacanya ya allah teriknya..so habis segala kulit putih mak jemah nie sudah pupus sedikit demi sedikit.. nak tengok perubahan..? nahh ambik nie sebagai bahan bukti.. perubahan ketara...


hoit! hang pi masuk gambar nie pasai apa? adoitai -,-
sat naa anak-anak..








SCROLL DIBAWAH INI MUKA SEBELUM MASUK UNISEL....











SCROLL DIBAWAH INI SELEPAS MASUK UNISEL .. SILA PERHATIKAN PERUBAHAN WARNA KULIT SAYA.. 















HAAA TU DIA CHEQ DAH HABAQ KAT HANGPA SEMUA.. KALAU BAGI HANGPA SEMUA TENGOK GAMBAR PUN ..HANGPA KATA XDA BERUBAH APAPUN HAIH! LAGU NIE SAJALAH.. BIAQ SEDARA MARA CHEQ YANG TENGOK SENDIRI NAAA.. BARU DEPA CAYA..--,   apesal aku cakap orang utara nie.. mampuih karang orang utara baca.. sat kang salah sentences aku yang kena.. hihihi.. peace-,-..  sekarang nie aku doklah berkurung diri dalam rumah takot kulit terkena cahaya matahari ..! ohh tidak!.. daaa

:sedang duduk dalam bilik tidak bukak langsir pun..hanya bukak tingkap sahaja:)

Thursday, December 1, 2011

Remaja yang terindah

Assalammualaikum..

Entry kali ini nak bercerita tentang diri yang lama.Korang semua mesti rindu tahap kritikal dengan zaman sekolah kan..Tipulah siapa yang tak rindu.Oklah apa yang aku boleh katakan sememangnya aku amat teramat rindukan zama sekolah aku.Sebab terlalu banyak kenangan manis yang aku lalui.Cinta monyet,dapat surat layang,ada secret admire,geng perempuan yang superf,anak murid kesayangan,bola jaring,zapin,aktiviti koko,pengawas,suasana zaman tersebut.Bak kata Melly G. "saat-saat remaja yang terindah tak bisa terulang"


Setuju sangat dengan lirik lagu melly tu.Betul cube kalau dunia remaja korang suram sahaja,takda cerita yang sweet untuk diingati apa makna zaman remaja? Zaman tu hanya kita lalui seumur hidup sekali sahaja,so kepada adik2 kakak and untuk kawan-kawan aqilah "hai adik-adik yang tengah baca belog kakak amani =) "  korang patut enjoy dengan semua peristiwa zaman remaja..kawan-kawan,persekitaran,kene marah,gelak ketawa,menangis korang semua tu take it easy my dear laling.. sebab nanti dah besar lagi banyak kene marah tau..nak gelak ketawa pun tak best sebab kene control..yelah orang dah besar kene tunjuk good attitude dekat orang lain.


Dekat sini aku nak tunjuk dekat korang insan yang telah membuatkan zaman sekolah aku begitu hebat! merekalah yang banyak tolong aku, sentiasa sokong apa sahaja yang aku buat, seperti payung yang lindungi aku daripada terkena hujan. I love them so much! ok scroll bawah baru dapat tahu..








sabrina,amira,izyan,afifah... kawan yang sangat aku sayang merekalah kawan aku yang mula-mula ajar aku erti hidup,ajar nak bercinta,ajar nak memasak,ajar cakap english.. kami lalui semuanya sama-sama.. kalau time sekolah dulu group kiteorang yang agak best.Bagi aku group aku nie sangat istimewa.Ada jugak yang jealous dengan kiteorg..kalau nak cerita apa yang kiteorg buat memang dah boleh buat novel dah sebenarnya..




haaa kalau nak pengsan pun same-same.kalau dapat something daripada salah seorang secret admire.. kongsi same-same. tapi kami tak sempat nak duduki spm same2 sebab aku dapat tawaran pindah ke sekolah teknik.Sangat sedih nak berpisah dengan diorang.tapi alhamdulillah sampai sekarang walaupun masing-masing dah berjaya,kami still ingat each others..




haa kalau budak lelaki sorang nie. sangat rapat dengan aku.walaupun aku ramai kawan lelaki tapi hanya dia yang aku sangat selesa nak bercerita.dia nie memang best dulu time sekolah memang kecoh sebab konon aku nie skandal dengan dia,tapi kiteorg dengar gosip tu makin gelak macam orang sawan.serius aku memang sayang dia sangat2 but as a friend.dy nie muke jambu dalam hati ada taman. selalu cerita masalh dekat dia.Hanya dia tahu diri aku nie cerewet bab mana,kalau aku nak mengamuk ...dia faham sebab tu tak kisah kalau aku sumpah seranah dia. sebab dia tahu. hikhok! aku memang rindu dia sangat!




nur sabrina.. walaupun budak atas pakai baju purple sengih macam budak mintak penampor.. faham aku.. but with this girl aku sentiasa kene jujur tak boleh tipu sikit.sabrina sentiasa dengan aku semenjak darjah 5 sehingga sekarang.suka duka memang sepenuhnya kami sama-sama. berdiri sebelah dia membuatkan aku kene lebih kuat daripada dia.Kawan aku nie terlalu banyak dugaan,and aku memang salute dengan dia sebab kuat.Sanggup buat apa sahaja untuk family dia.aku dengan dia takda istilah kawan tapi adik beradik. memang rapat,dengan dialah aku buat kerja nakal time sekolah, dengan dia jugak aku berani cakap english,dengan dia jugak kiteorg selalu kenekan orang mase dekat sekolah dulu.. hies kadang-kadang kalau ingat balik ape yang aku dengan sabrina buat haiyoo mesti cikgu pun nak rotan kami.Paling kelakar kalau tak siap homework mesti terlepas daripada denda,classmate lelaki semua xpuas hati dengan kiteorg ..huihuihuihui..




dengan mereka pulak.. geng HACKS aku time sekolah asrama dulu.Kami satu dorm masa f4 then satu kelas secara tak langsung jadi rapat.Dorang pulak ajar aku hidup jauh daripada family,berdikari,belajar hidup dekat asrama...pengurusan diri..hehe kami semua bukan dari asal yang sama.kalau amalina duduk senai,aniz duduk dekat bandar penawar,ainiey atau lebih mesra kiteorg panggil tongga dari pahang,sufaza asal batu pahat,shazwani dari kulai but dia lebih tepat dilahirkan dekat KL then dibesarkan dekat perak...so dah sekolah baru dekat jb..kalau fatihah dari batu pahat tapi jauh sikit.. and aku betul-betul asal bandaraya jb nie. haa lagi satu dorang semua nie memang banyak kerenah.. banyak pendapat,kalau bergaduh tu dah biasa tapi tak lama lepas tu kawan balik..masing2 ada kelebihan masing-masing so melengkapi antara satu sama lain... kalau na buat apa-apa pastikan semua masuk baru best..kalau antara kami tak join macam tak bestlah..buat jahat pon muke nie jugak. buat baik pun muke nie jgak yang dicari oleh cikgu2 hehe..paling pahit aku penag rasa kene dimerit 30 sebab berbual dengan papa and aniz dalam kelas... sengallah ! huihuihui






dengan mereka pula? aku kenal dengan dorang semua semenjak jejakkan kaki di unisel.kami satu kelas.Mula-mula dulu memang malu nak bertegur sebab masing-masing daripada negeri dan budaya yang lain.Husna asal pahang,ain asal KL,fikri and hilmi asal Shah Alam,faris dekat sangat dengan unisel .Ijok sudah..aku jugaklah yang jauh nun Jb..kalau dengan dorang aku belajar bersabar,tabah,susah keluarga jauh sesangat,hidup sendiri... dorang jugaklah selalu tolong aku kalau aku dalam kesakitan,kesusahan.. dorang sentiasa ada dengan aku,bagi aku semangat time susah.. walaupun baru semester satu,tapi aku nak dengan dorang sehingga grard... waalupun kami ada perangai masing-masing...tapi marah macam mane pun. mesti kami cari balik .. 




p/s: perasan tak perubahan muka aku mengikut usia.. huihuihui..
sekian :-*