About Me

My photo
simple.good girl.student. teacher in the making

Wednesday, June 22, 2011

Perkara yang suka.

Assalammualaikum.


1. aku suka bergambar.Sebabnya ..sebab aku memang suka camera,senyum dan membuat sesuatu yang menarik.tak kisah orang sekeliling nak cakap apa,tapi bergambar memang hobi aku. ia macam satu kepuasan bagi aku.Yaa walaupun aku seorang pemalu(kadang kala) tapi kalau untuk bergambar.. NO!kadang-kadang kalau boring kita tengok balik gambar2 lama tu macam cute,lawak dan baru kita tau mase tu diri kita macam mane .

2. aku suka kanak-kanak.Dulu tak berapa suka.kalau suka pun ada had umur.Tapi sejak aku belajar dalam bidang kanak-kanak mase sekolah menengah dulu,sayang aku terhadap kanak-kanak ni lebih mendalam.dan kerana minat tu jugak aku dapat menjadi guru sementara di sekolah tadika.pengalaman yang cukup bermakna.sesetengah gadis akan menjadikan kanak-kanak ni sebagai umpan untuk lelaki tertarik dengan mereka.Tapi tidak ye bagi aku.

3. aku suka warna putih.Sebab aku suka warna putih bukan macam dalam filem "putih itu suci,cinta sejati"eaa..bukan sebab tu aku suka.aku suka putih sebab warnanya sendiri takda sebab yang jiwang taksemene tu semua.nampak simple.takdalah sarat sangat.

4. aku suka tengok wayang.Yaa ni memang kesukaan aku.dalam family aku sorang jer yang gila wayang.sebulan mesti pergi tengok.tapi dulu mase sekolah ada had.tak best sangat.tapi sekarang aku memang totally free and i can go anytime.tak kisah cerita genre apa.tapi kalau genre seram tu,fikir dulu sebelum bertindak.HAHA

5. aku suka dengar lagu sebelum tidur.menjadi satu kewajipan untuk aku memasang mp3 sebelum aku tidur.sejak bila?sejak aku mengenali lagu.kalau tak dengar tu memang tak boleh tidur even penat macam mane pun.sebelum tidur mesti sempat pasang mp3.rasa nyaman saja.

6. aku suka pantai dan pulau.bagi aku kedua tempat nie paling nyaman dalam dunia.kalau nak lari pun,tak payah nak jauh2 janji ada pulau memang aku menetap dekat situ.pernah mimpi yang aku jejak semua pulau yang ada di dunia nie semua.kalau ada universiti kat tengah2 laut memang aku nak belajar dekat situ.

7.aku suka menari.mungkin ramai tak tahu yang aku pernah menari suatu ketika dulu.aku menari sejak usia aku 6 tahun sehingga umur 14 tahun.after that aku bagi peluang dekat muka baru dan kebetulan mase tu aku pun nak pmr.paling membanggakan aku apabila berpeluang satu pentas dengan cucu sultan johor.mase tu aku  sekolah dekat convent,then ada event dekat angsana.memang tak tahu pun tu cucu sultan johor dah habis menari baru tau.

8.aku suka membaca.lebih kepada membaca novel.bagi aku kalu membaca satu cerpen or anything else,just untuk kita menambah ilmu pengetahuan.tapi kalau kita baca novel,kita boleh masuk dalam watak.dan kita boleh menjiwai watak.dan ofc lah kan suka feeling.tapi ada hal?yang penting aku suka.

9.aku suka teddy bear.banyak jugak koleksi teddy bear aku.ada mama bagi,ex bf bagi,kawan bagi,pakcik bagi,adik angkat bagi,diri sendiri bagi.kalau aku susun diorang nie semua atas katil aku,memang aku tidur atas lantai ler jawab nyer.mama pon dah bising suruh simpan.tapi taknak aku .bio menyemak atas katil aku,atleast aku tengok bear nie semua aku hargai pemberian orang.

10.aku suka lelaki smart,tinggi,berpenampilan.kalu jalan2 tu memang suka tengok.tapi just tengok jer ok,takda pape pon .adatlah kan,kalau aku scan mata lelaki kat shopping complex tu.memang semua mata tak reti duduk diam,ntah aku pun tak tau kenapa aku suka tengok lelaki yang smart dan tinggi.nampak macam cool jer kan.great!

11.aku suka orang main violin.memang aku suka sangat tengok persembahan violin.dan muzik violin memang membuatkan jiwa kita tenang je kan.aku memang sanggup tak tengok benda lain kalau ada pemain violn depan mata.masa dekat sekolah convent dulu,ada kakak and abang dia memang pandai main violin.wow!memang betul pemain violin nie memang magic.boleh membuatkan jiwa pendengar suka dengan lagu tu walaupun pertama kali mendengar.

No comments:

Post a Comment